Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Siasat Anak Jokowi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Siasat Anak Jokowi



JAKARTA: Polis Jakarta menyiasat anak bongsu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas remaja itu dituduh menhina agama dan menyebar kebencian melalui video yang dimuat naik di laman sosial.

Ketua polis Metro Jaya, M Iriawan berkata, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap video yang dimuat naik Kaesang Pangarep pada 27 Mei lalu.

Lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik di laman YouTube itu mengandungi unsur menghina agama dan menyebar kebencian.

“Lelaki itu membuat laporan polis terhadap video berkenaan di Kota Bekasi.

“Saya sudah arahkan ketua polis di daerah itu menyiasat laporan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa Kaesang menyebut ‘dasar ndeso’ yang bermaksud dasar kampung beberapa kali di dalam video bertajuk ‘Bapak Minta Proyek’ itu.

Dalam video selama 2 minit 41 saat itu, Kaesang, 23, pada awalnya mengkritik individu yang suka meminta projek daripada pemerintah.

Kaesang juga menyelar tindakan individu tertentu yang mempengaruhi generasi muda dengan perkara negatif hingga merosakkan mereka.

“Ini adalah satu contoh bertapa buruknya generasi masa depan kita,” katanya

Dia kemudian menayangkan video sekumpulan remaja menjerit, “Bunuh, bunuh, bunuh si Ahok. Bunuh Ahok sekarang,” yang merujuk kepada bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Basuki atau dikenali sebagai Ahok kini dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina Islam.

Kaesang berkata, tindakan remaja berkenaan adalah hasil daripada ‘dasar ndeso’ tetapi perkataan ndeso itu disenyapkan dalam video berkenaan.

- Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssdpny

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.