Prestasi Pasaran Saham Asia Dalam Dagangan Akhir Minggu Ini
Pasaran saham Asia ditutup lebih rendah dalam sesi dagangan terakhir selepas mencapai paras tertinggi sebelum ini, dengan risiko politik US kini kembali diperkatakan dengan sisatan menyeluruh Robert Mueller terhadap perniagaan Trump.
Di Hong Kong, indeks Hang Seng didagang jatuh 0.19% sebelum ditutup tidak berubah berbanding Khamis. Pasaran dibuka dengan prestasi memberangsangkan sebelum berlakunya aktiviti pengambilan keuntungan yang sedikit menekan pasaran Asia.
Pasaran China juga pada mulanya merekod keuntungan, tetapi rugi semula sekaligus merekod kerugian pertama dalam masa empat hari berikutan pengambilan untung. Shanghai Komposit jatuh 0.21% dengan CSI 300 merosot sehingga 0.51%.
Di Jepun, Nikkei 225 ditutup 0.24% lebih rendah. Bank of Japan (BoJ) mengekalkan polisinya pada Khamis dan menegaskan akan mencapai sasaran inflasi 2% yang menunjukkan komitmen bank pusat bagi melonjakkan ekonomi. Namun, ramalan terkini BoJ terhadap inflasi diturunkan dengan ramalan pertumbuhan ekonomi dinaikkan.
KOSPI di Korea merekod keuntungan 0.06% walaupun dengan keadaan pasaran Asia yang lemah. Strait Times di Singapura ketika ini merekod keuntungan sehingga 0.74% setakat pukul 3.46 pm. Manakala Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur naik 0.06% setakat ini.
Prestasi pasaran Asia Tenggara agak bercampur-campur dengan indeks SET di Thailand setakat ini naik 0.06%, manakala Indeks Komposit Jakarta merosot sehingga 0.80%. Di Filipina, indeks komposit PSEi ditutup 1.08% lebih tinggi.
The post Prestasi Pasaran Saham Asia Dalam Dagangan Akhir Minggu Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlGj9e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment