Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis Australia Dakwa Berjaya Kecilkan Lokasi MH370 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis Australia Dakwa Berjaya Kecilkan Lokasi MH370



CANBERRA – Sebuah pasukan penyelidik Australia semalam mendakwa bahawa mereka telah membataskan lokasi penerbangan hilang, MH370 kepada cuma sebahagian kecil daripada pencarian di laut yang dilakukan sebelum ini oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China, lapor agensi berita Xinhua.

Bercakap pada persidangan kebangsaan Persatuan Sains Marin Australia di Darwin, ketua Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel(CSIRO), David Griffin berkata, pasukannya yang berterusan menganalisis data dan model hanyutan arus selepas pencarian di laut dihentikan, merumuskan bahawa pesawat jenis Boeing 777-200 itu jatuh di kawasan dikenali sebagai ‘keluk ketujuh’.

“Terdapat arus kuat bergerak menyeberangi keluk ketujuh pada latitud 35 darjah selatan. Kami berpendapat MH370 terhempas dalam arus tersebut menuju ke barat laut. Pengiraan ini menerangkan mengapa serpihan pesawat tidak ditemui di Australia,” katanya.

Dalam satu kenyataan bersama pada Januari lalu, kerajaan Australia, Malaysia dan China berkata, pencarian MH370 di laut akan dihentikan sehingga wujud bukti baharu yang kukuh.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan kru semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

Menurut Griffin, CSIRO telah menyerahkan maklumat itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pencarian MH370 tetapi kerajaan berkenaan belum menyatakan sama ada pencarian di laut akan disambung semula ataupun sebaliknya.– Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTCoV9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.