Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAMBUTAN WIRA UNTUK MAHATHIR DI PULAU PINANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAMBUTAN WIRA UNTUK MAHATHIR DI PULAU PINANG

Percikan bunga api menerangi langit dan sorakan gemuruh menyambut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau tiba di rumah terbuka Aidilfitri parti itu di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, yang kebanyakannya berpakaian merah, berasak-asak untuk bersalam dengan beliau sambil mengucapkan “Selamat Hari Raya”.

Ia suatu pemandangan yang jarang berlaku di mana orang ramai yang berpakaian baju Melayu, bertudung dan berbaju kurung membanjiri bangunan Long Say yang dimiliki oleh Lee Kongsi, sebuah persatuan Cina di Jalan Burma.

Majlis itu menyaksikan Dr Mahathir diberi sambutan sebagai seorang hero kerana usaha beliau untuk menyatukan Pakatan Harapan, yang pada 14 Julai lau, mengumumkan barisan kepimpinannya menjelang pilihan raya ke-14 yang akan datang.

Orang ramai yang kelihatan begitu teruja, mengekori Dr Mahathir menuju ke meja utama di mana pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Chow Kon Yeow, dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun duduk di situ.

Ramai yang mahu mengambil gambar dan ‘selfie’ dengan Mahathir tetapi beliau dikelilingi pengawal peribadinya, menyebabkan seorang jurugambar berkata, “Lebih mudah buat liputan (Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak).”

Kit Siang telah tiba awal di bersama rombongan DAP dan juga disambut oleh sorakan kuat dari ahli BERSATU.

Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terpaksa berasak-asak melalui orang ramai untuk sampai ke meja utama dan berkata, “Terdapat kesesakan lalulintas untuk sampai ke sini”.
Dr Mahathir, yang duduk di sebelah isterinya Tun Dr Siti Hasmah, berjabat tangan dengan Kit Siang dan Guan Eng, diiringi oleh Muhyiddin, pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman dan pengerusi BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Anak lelaki Mahathir yang juga mantan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa turut hadir, di samping ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR yang lain.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vq3qB9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.