Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tergamak rogol 3 adik kandung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tergamak rogol 3 adik kandung

Tergamak rogol 3 adik kandung|Remaja lelaki ditahan, hari ini selepas tergamak memperkosa tiga adiknya sendiri di kediaman mereka di Sungai Layar, Sungai Petani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, kejadian terbaru berlaku 9 pagi semalam selepas suspek berusia 18 tahun memaksa adik perempuannya berusia lapan tahun melakukan sumbang mahram itu di dalam rumah kosong bersebelahan rumah mereka.

Menurutnya, selepas melakukan perbuatan itu, suspek kemudian mengugut memukul adiknya jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

“Bagaimanapun mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian memberitahu ibunya, 39, yang terkejut sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani semalam.

“Siasatan mendapati suspek sebelum ini turut melakukan perkara sama ke atas adiknya berusia sembilan dan 14 tahun,” katanya.

Saifi berkata, kejadian sebelum ini, tiada laporan polis dibuat kerana ibunya menyangka anaknya bergurau selepas suspek mendakwa adik-adiknya membuat fitnah.

“Kita sudah menahan suspek pagi tadi dan perintah tahanan reman akan dipohon esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

The post Tergamak rogol 3 adik kandung appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvoQiY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.