Hi! Welcome Back and Stay Tune! T.O.P Mengaku Hisap Ganja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

T.O.P Mengaku Hisap Ganja



BINTANG pop Korea Selatan, T.O.P dikenakan hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan menghisap ganja, semalam; bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan. T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung-Hyun, 29, didapati bersalah selepas mengaku menghisap ganja sebanyak empat kali di rumahnya di Seoul pada Oktober tahun lalu. 

Menurut agensi berita Yonhap, hakim berkata, jenayah berkaitan dadah memerlukan hukuman tegar kerana mempunyai "kesan negatif" terhadap masyarakat namun dia mengambil kira kekesalan penyanyi itu terhadap kelakuannya.

T.O.P turut meminta maaf kepada peminatnya serta berkata dia “sangat menyesal menyebabkan masalah” ketika tiba di mahkamah.

Kesalahan menghisap ganja boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda 50 juta won (RM191,315). T.O.P yang kini menjalankan perkhidmatan tentera wajib sebagai anggota polis sejak Februari lalu bakal berhadapan tindakan disiplin sama ada boleh menyambung semula tugasan atau dilucut jawatan.

Big Bang antara kumpulan pop paling popular Korea selatan dengan lebih 140 juta jualan rekod seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 2006. T.O.P turut terkenal sebagai pelakon dengan kemenangan beberapa anugerah.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gPw1fW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.