Isu Bendera Indonesia Tidak Disengajakan – Zahid
TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan.
“Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan, hari ini.
Dalam buku panduan KL2017, temasya sukan dwitahunan yang upacara pembukaannya berlangsung gilang-gemilang malam tadi, bendera Indonesia dicetak terbalik.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan rakyat Indonesia atas kesilapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x2xdAK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment