Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan bakal hilang pendapatan RM110 bilion jika tunai manifesto Pakatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan bakal hilang pendapatan RM110 bilion jika tunai manifesto Pakatan

Pemuda Umno mendakwa kerajaan mungkin hilang pendapatan sebanyak RM110 bilion sekiranya menunaikan semua manifesto yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (Harapan).

asdasd

Pengerusi Biro Profesional Muda Umno, Shahril Hamdan berkata, angka tersebut diperolehinya setelah membuat pengiraan berdasarkan beberapa janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang itu kepada rakyat untuk menghapuskan beberapa perkara yang diperkenalkan kerajaan ketika ini.

“Kalau kita lihat janji Harapan seperti menghapuskan tol, mengenakan kadar sifar GST, pemberian 20 peratus royalti minyak kepada beberapa buah negeri serta beberapa perkara lagi, kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion.

Menurutnya, Harapan sehingga kini tidak memberikan sebarang cadangan dari segi perangkaan kewangan untuk menggantikan semula wang yang sudah tidak diterima oleh kerajaan akibat kesan janji mereka.

Tambahnya, laungan mereka bahawa mengenakan kadar GST sifar peratus akan meningkatkan kewangan rakyat sekaligus mereka dapat berbelanja dalam negara untuk menjana ekonomi negara adalah baik, tetapi tidak menjana pendapatan kerajaan.

“Perbelanjaan rakyat (private consumption) tidak menyumbang kepada pendapatan kerajaan bagi melakukan pembangunan dalam negara seperti membina hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya.

“Sebaliknya, cukai yang diterima oleh kerajaan sebenarnya adalah pendapatan kerajaan untuk melakukan pembangunan.

“Justeru itu, pengenalan GST adalah satu keputusan yang baik, meskipun ianya bukanlah satu keputusan popular di kalangan majoriti rakyat. Ia adalah satu sistem cukai yang sistematik,” ujarnya.

Oleh demikian, Shahril berharap rakyat tidak termakan dengan janji mereka kerana baginya, ianya tidak praktikal dan mustahil untuk dilakukan.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kerajaan bakal hilang pendapatan RM110 bilion jika tunai manifesto Pakatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUiYAh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.