Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedai Dobi Fikry Ibrahim ‘Bungkus’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedai Dobi Fikry Ibrahim ‘Bungkus’?

MUNGKIN tidak ramai yang tahu sebelum pelakon Fikry Ibrahim menyertai Program Lawak Solo, anak kelahiran Jitra Kedah ini pernah memiliki sebuah kedai dobi.

Persoalannya, adakah kedai dobi itu masih lagi beroperasi? Yalah, Fikry sendiri pun sekarang sibuk dengan aktiviti seni selain sudah pun mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu Kurta Houka.

Fikri, 23, ketika dihubungi mStar Online memberitahu dia menyimpan hasrat untuk mengembangkan perniagaan tersebut yang diusahakan sejak 2015.

“Sebetulnya niat hendak mengembangkan perniagaan itu memang ada menggunakan wang kemenangan menerusi Lawak Solo sebanyak RM20,000.

“Bagaimanapun wang itu saya dapat agak lambat dan ketika itu saya perlu menyelesaikan pembayaran ansuran kereta yang lama tertunggak jadi terpaksa tangguhkan hasrat kembangkan perniagaan itu,” katanya.

Kata pelakon Hero Seorang Cinderella itu, hasrat meneruskan perniagaan itu juga terbantut apabila terdapat sebuah kedai dobi lain turut beroperasi di kawasan sama.

Pun begitu kata Fikry, dia belum berputus asa dan sedang menunggu waktu sesuai untuk meneruskan operasi kedai dobi itu.

“Pada saya tak apalah… mungkin saya perlu bagi peluang pada peniaga tersebut mencari rezeki. Lagi pula, saya sendiri sememangnya agak lama tidak aktif di situ.

“Insya-Allah kalau ada niat nak buka lagi, saya akan buka di satu cawangan lain nanti,” katanya.

Fikry berkata, kedai dobi itu beroperasi di kampung halamannya di Jitra, Kedah dengan hanya berbekalkan sebuah mesin basuh sahaja.

Selama 10 bulan mengusahakannya, dia bagaimanapun terpaksa menghentikan operasi sejak menyertai program Lawak Solo pada tahun lalu.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlcjQi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.