Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘HIDUP TAN SRI!’ IRINGI PEMBEBASAN ISA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘HIDUP TAN SRI!’ IRINGI PEMBEBASAN ISA

Bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh remannya selama lima hari tamat hari ini.

Isa yang pernah menjadi naib presiden Umno serta menteri besar Negeri Sembilan itu ditahan SPRM pada 15 Ogos lalu.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan menerima rasuah.

Ekoran penahanan itu SPRM dilaporkan menyerbu rumah serta pejabat Isa serta merampas wang bernilai RM100,000 dari peti simpanan di kediaman beliau.

Mahkamah membenarkan Isa dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin, selain jaminan lisan tambahan sebanyak RM350,000 jika beliau melanggar jaminan pertama.

Sebelum itu Isa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 10 minit sebelum jam 10 pagi tadi.

Isa, 67, ditahan agensi penguat kuasa antirasuah itu bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC).

Setiap satu hotel yang dibeli itu berada di London dan Kuching.

Cuma bantu siasatan

Ketibaan Isa di pekarangan mahkamah disambut dengan sorakan kira-kira 80 penyokong beliau yang melaungkan “Hidup Tan Sri!” berkali-kali.

Isteri Isa Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid turut kelihatan bersama kumpulan penyokong terbabit.

Isa pula yang berbaju oren kelihatan tidak bergari dan nampak tenang serta sempat melebarkan senyuman kepada penyokong beliau.

 

 

Difahamkan SPRM tidak memohon reman Isa disambung.

Peguam Isa, Datuk K Kumaraendran (gambar) berkata pendakwa memohon mahkamah menetapkan Isa diikat jamin sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun pihaknya berpendapat tokoh politik terbabit erlu dibebaskan dengan jaminan peribadi atau diikat jamin dengan jumlah yang kecil serta dua penjamin.

Permohonan itu dibuat di depan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Kata Kumaraendran Isa tidak didakwa di mahkamah dan ditahan hanya untuk membantu siasatan.

“Beliau boleh dipanggil semula sebagai saksis jika ada sesiapa didakwa,” katanya.

Dihubungi kemudian Kumaraendran memberitahu Malaysiakini, Isa dijangka dibebaskan sebaik saja semua urusan berkaitan selesai awal petang ini.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vTUeW9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.