Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chef Wan dapat tawaran memasak di 4 penjara terkenal Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chef Wan dapat tawaran memasak di 4 penjara terkenal Asia

Chef Wan

CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akan masuk ke penjara tidak lama lagi.

Pengakuan itu ditulis sendiri Chef Wan di dalam akaun Instagramnya.

“Pagi ini saya menerima tawaran daripada produser eksekutif Discovery Travel and Living yang menjemput saya menjadi hos mereka untuk program terbaharu mereka.

“Mereka mahu saya melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara. Bukan hanya masak, tetapi saya perlu menyelami kehidupan penghuni ini,” katanya.

Mengakui ia tawaran itu menarik namun ia sedikit menakutkannya.

“Saya ada katakan pada mereka, sebelum ini saya pernah bekerja BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein dan berharap keselamatan saya dijaga dengan baik.

“Dalam setiap masakan saya itu nanti, tidak boleh ada terung atau timun. Ia benar-benar cabaran untuk saya,” tulisnya yang menerima tawaran tersebut.

Menganggap ia cabaran baharu buatnya, Chef Wan berkata rancangan itu nanti akan ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

“Bukan mudah nak dapat tawaran begini,” katanya.

Chef Wan sememangnya seorang selebriti chef yang bukan hanya popular di Malaysia malah namanya dikenali di Asia hingga beberapa buah negara Eropah.

Beliau sering diundang menjadi juri pertandingan masakan, personaliti untuk rancangan antarabangsa.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Chef Wan dapat tawaran memasak di 4 penjara terkenal Asia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlouwo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.