Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga


Ada degree tapi suri rumah? Pertanyaan sebegini sering diajukan kepada mereka yang memiliki ijazah tetapi memilih untuk duduk di rumah mengurus keperluan keluarga,

Bagaimanapun setiap pilihan dan keputusan yang dibuat oleh seseorang itu pastinya ada kelebihannya tersendiri.

Perkongsian dari Shiera Firhat di laman Facebook miliknya menceritakan tentang kisahnya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang memiliki degree.

ADA DEGREE TAPI SURI RUMAH.

Sebenarnya semua ni Allah dah atur. Allah dah catatkan dah dalam buku kehidupan kita tanpa kita sedar. Rezeki orang lain-lain. Kan?

Dulu, banyak kali cakap nak resign tapi selalu je tak jadi. Sebab takda kekuatan. Tapi, bila kekuatan tu muncul, on the spot terus buat resign letter submit kat boss. Maka dengan rasminya jadilah suri rumah sepenuh masa.

Nak tahu apa/siapa kekuatan tu? Tu haaaa budak kecik sebelah tu. Niat nak jaga dia, nak tengok die membesar depan mata. Alhamdulillah Allah makbul sampai sekarang. Si bujang tu pun dah masuk 1 tahun 5 bulan.

Sendiri pun tak tahu nak jangka, nak agak sampai bila boleh tengok dia besar depan mata, jaga sendiri makan minum dia. Sebab manusia biasa ni tak dapat nak expect apa yang akan berlaku akan datangkan? Tapi yang penting, doa untuk dimurahkan rezeki untuk menjaga dia tak pernah tinggal seusai solat. Dan doa untuk dimurahkan rezeki untuk membantu suami dan mama juga tak pernah lekang dek bibir walaupun hanya suri rumah.



Banyak mulut bercakap, sayaaaaaangnya belajar tinggi-tinggi, tapi dok rumah. Sayaaaangnya gaji besar-besar tapi resign. Sayaaaangnya duit mak ayah hantar belajar dulu tapi tak gunakan apa yang dah ada (degree). Ini paling terkesan. Sungguh, memang ada rasa serba salah dalam hati bila ada yang cakap camtu.

Tapi, ini jalan hidup saya. Allah dah tentukan takdir saya ke sini. Buat masa ni saya terima, saya redha dan saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini bukan bermakna saya tak kenang jasa ibu ayah saya. Saya sedang usaha nak buat terbaik untuk diri saya sendiri, untuk keluarga kecil saya, untuk Mama, untuk adik saya dan in laws saya. Walaupun bukan seorang Peguam yang berjaya buat masa ini, saya akan cuba usaha untuk mereka dengan cara saya sendiri, Inshaallah.

Apa yang saya minta, bercakap baiklah selalu. Doakan saya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Berhenti cakap yang tak elok. Untuk suami dan mama, terima kasih sentiasa bantu dan restui apa yang saya pilih.

Untuk suri rumah seperjuangan, tahniah! Anda diberi kekuatan luar biasa untuk membuat keputusan ini. Nyahkan kata-kata negatif, pekakkan telinga. Dan saya juga doakan anda dimurahkan rezeki sentiasa dalam berkhidmat sebagai SUPERMOM!

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUrnRF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.