Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berputih Mata Apabila Dicekup Lepas Ragut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berputih Mata Apabila Dicekup Lepas Ragut

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berputih mata apabila dicekup orang ramai sejurus melakukan jenayah ragut di Jalan Puteri, Puchong dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 17 tahun yang meragut wanita berusia 40 tahun ditahan orang awam kira-kira 2.15 petang selepas motosikal ditunggangnya terjatuh.

“Suspek yang meragut dompet wanita bertindak melarikan diri namun motosikal ditunggangnya terbabas lalu terjatuh sebelum dia ditahan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa pula mengalami kecederaan ringan di betis selepas terjatuh semasa cuba menyelamatkan dompetnya ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lagi kes ragut berlaku di Bandar Puteri, Puchong, kena belasah teruk oleh org awam..#malaysianupdate

Posted by Malaysian Update on 20hb Ogos 2017

Megat Mohamad Aminuddin berkata siasatan awal mendapati remaja itu mempunyai rekod jenayah lampau, dan kini ditahan untuk siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Gambar remaja berkenaan yang terbaring di atas jalan selepas ditahan oleh orang awam kini tular di laman media sosial. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlDn1u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.