'Saya Minta Maaf Tetapi Itu Bukan Tahi Saya' - Ramadhan
KAJANG, SELANGOR - "Saya Ramadhan ingin meminta maaf dari pihak saya yang telah melakukan kekecohan di Osaka, minggu ini," demikian permohonan maaf salah seorang dari tiga pelancong yang didakwa melakukan onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun.
Dalam permohonan maafnya itu, Ramadhan berkata, dia mengaku mengasari staff premis tersebut dan memohon maaf di atas tindakannya. Malah akan membayar kembali kerosakan yang dilakukan.
"Saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah melakukan keganasan dan melemparkan kata-kata yang sangat kesat terhadap beliau.
"Kami bertiga juga akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku dan kami sedaya upaya untuk membayar kembali apa yang telah ditanggung oleh pihak pengurusan," katanya.
Bagaimanapun, Ramadhan menegaskan bahawa dia tidak membuang najis di dalam bilik mandi seperti yang didakwa netizen.
"Saya bagi pihak individu yang membuang najis di tempat mandi juga meminta maaf dan saya sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya. Namun terserah untuk percaya atau tidak," katanya.
Ramadhan mengakui dia serik dengan apa yang berlaku sehingga perkara itu viral di media sosial menyebabkan dia dikecam hebat netizen.
"Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini dan menjaga akhlak saya ke mana-mana pun saya pergi," katanya.
Kelmarin, Ramadhan dan dua lagi rakannya dikecam teruk oleh netizen berikutan dengan tindakan dua daripada mereka mengasari kakitangan premis penginapan berkenaan. Salah seorang lelaki pula melepaskan kemarahannya dengan menendang meja makan dan menumbuk dinding dapur sehingga pecah menyebabkan pemilik terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000.
Lebih teruk lagi, sebelum beredar, mereka juga didakwa meninggalkan najis di dalam lubang air bilik mandi sebelum pulang ke Malaysia, menyebabkan pemiliknya terpaksa membersihkan najis mereka.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu kemudian diviralkan oleh pemilik penginapan tersebut yang mahu tiga individu berkenaan membayar semula ganti rugi di atas kerosakkan. Difahamkan, ganti rugi RM5,000 itu dibayar oleh Qaiyum. Bagaimanapun, pemiliknya tidak berpuas hati dan mahu tiga individu berkenaan membayar ganti rugi tersebut.
Susulan kejadian itu juga, pemilik penginapan berkenaan telah mengharamkan rakyat Malaysia menginap di premis penginapannya dan kejadian baru-baru ini merupakan kejadian yang kali ketiga. Pemiliknya terdahulu juga telah mengharamkan pelancong warga Korea dan China menetap di perginapannya.
Sumber: The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUvznp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment