Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAYA RAJA PERKAUMAN, APA ADA HAL? KATA IBRAHIM ALI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAYA RAJA PERKAUMAN, APA ADA HAL? KATA IBRAHIM ALI

IBRAHIM Ali mengaku dirinya “raja perkauman” malah tidak peduli sedikit pun terhadap apa saja kecaman dan cemuhan yang orang lemparkan kepadanya dan badan pejuang hak Melayu yang beliau pimpin, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Tegas Ibrahim, semua kecaman dan cemuhan itu hanya menjadikan beliau dan Perkasa semakin kuat.

“Dah kata kita racist (perkauman), hina kita dan dinafikan kewujudan seperti bukan rakyat Malaysia. Kita sedar siapa kita tapi kita sebagai rakyat juga berhak (bersuara).

“Kepada orang yang nak kutuk dan hina saya dan Perkasa kata kami racist, persetankan,” katanya semasa berucap pada Kongres Melayu Perkasa Wilayah Persekutuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Presiden Perkasa itu berkata beliau sebelum ini digelar “raja katak” kerana sering bertukar-tukar parti politik tetapi gelaran itu sekarang bukan lagi miliknya.

“Sekarang title itu dah dapat kat orang lain,” katanya disambut gelak tawa hadirin.

Dengan nada lebih serius, Ibrahim berkata orang tidak berkata apa-apa tentang kumpulan lain yang asas perjuangannya mirip Perkasa seperti Hindraf atau Dong Zong, dan tidak pula menggelar pertubuhan itu sebagai perkauman.

“Hindraf dengan tuntutan dia, bawa sampai ke luar negara dan akhirnya kerajaan tunduk. Dia tak dipanggil rasis tetapi Perkasa mereka kata rasis.”

Sambil membuat perbandingan dengan kumpulan pejuang hak kaum lain itu, Ibrahim berkata kumpulan hak Melayu hanya bercakap tentang hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kenapa nak cakap tentang biasiswa untuk orang Melayu, itu hak kita.

“Salahkah kita bercakap soal bangsa, soal agama kita? Ini dalam kontrak sosial. Kita hanya mempertahankan hak yang ada dalam dasar kerajaan.

“Kita ini dituduh macam-macam. Pemimpin yang sama tak ada pun cakap Dong Zong dan Hindraf itu rasis. MIC, MCA dan DAP itu tak rasis?”

Beliau merujuk kepada semua pihak yang selama ini mengecam Perkasa kerana lantang bersuara tentang hak Melayu dan Islam, termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang serta kumpulan sederhana seperti G25 yang dianggotai oleh bekas pegawai kanan kerajaan bersara.

“(Teruskanlah) Kita tak rugi sikit pun. Kita tak bertanding (pilihan raya) atas nama Perkasa. Apa ada hal? Kita tak rugi apa-apa,” katanya.

Kongres Melayu ini merupakan siri jelajah Perkasa ke setiap negeri bagi membincangkan hal semasa yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan sudah diadakan antaranya di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOxvfM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.