Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL2017: Rafiq Genggam Emas Dalam Boling Individu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL2017: Rafiq Genggam Emas Dalam Boling Individu

PETALING JAYA – Malaysia menebus kekecewaan pemain boling wanita apabila merangkul pingat emas dan perak dalam acara individu lelaki menerusi Muhammad Rafiq Ismail dan Adrian Ang Hsien Loong pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Sunway Mega Lane, dekat sini, hari ini.

Muhammad Rafiq menampilkan balingan konsisten untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi lepas di Singapura, dua tahun lepas, dengan catatan 1,418 jatuhan pin makala Adrian Ang di tempat kedua dengan 1,402 jatuhan pin.

Wakil Indonesia, Yeri Ramadona yang berada di kedudukan ke-12 pada permulaan pusingan, bangkit untuk meraih pingat gangsa.

Beraksi kali pertama di laman sendiri, Muhammad Rafiq menyifatkan keputusannya untuk menukar bola pada saat akhir memberi tuah sekali gus memintas Adrian Ang yang sebelum itu mendahuluinya pada pusingan keempat dengan perbezaan lapan jatuhan pin.

“Di pertengahan game saya menghadapi kesukaran sehingga game terakhir sebab saya tahu perbezaan pin takkan banyak pada last game..Saya bincang dengan jurulatih dan mengambil risiko untuk menggunakan bola yang jarang saya pakai,” katanya selepas majlis penyampaian pingat.

Beliau turut mengakui tertekan untuk mengekalkan pencapaiannya dua tahun lalu di Singapura dan mengulangi prestasi sama dalam edisi kali ini.

Sementara itu, Adrian yang merupakan pemain senior dan pernah menggondol empat pingat emas di Sukan SEA Palembang, Indonesia pada 2011, mengutamakan semangat berpasukan biarpun bertanding dalam acara
individu.

“Saya tak kisah (pingat perak), janji Malaysia menang…kami menyokong antara satu sama lain dan tidak mengabaikan semangat berpasukan walaupun dalam kategori individu,” katanya.

Beliau turut mendidikasikan kemenangan hari ini buat anaknya Aurelia Ang yang lahir bulan lepas.
Jurulatih negara, Holloway Cheah ketika mengulas mengenai pencapaian anak buahnya berkata kemenangan Muhammad Rafiq sudah dijangka.

“Beliau hampir hilang kawalan tetapi berjaya bangkit semula…bukan mudah untuk pemain kidal melakukannya,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUaVRj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.