Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu ‘Shares’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu ‘Shares’

Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu 'Shares'

Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu ‘Shares’

Pasti ramai di antara kita yang gemar makan di luar, lebih-lebih lagi jika tidak cukup masa nak masak atau ketika meraikan sesuatu. Bagi yang gemar makan nasi putih, selalunya akan memesan sekali tom yam kerana ianya berkuah dan ada banyak isi/lauk.

Kebanyakan tom yam yang ada di kedai, sellaunya dimasak oleh tukang masak seberang, dari Thailand, dan rasanya berbeza dengan cara yang kita selalu masak.

Bila cuba buat dekat rumah, rasa lain, tak sama.

Ada cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rasa tom yam yang pedas, masam dan pekat, seperti perkongsian dari Dina Amalia Nordin ini, yang mana pes yang digunakan memang dari Thailand.

Mari kita lihat resepi yang dikongsikan olehnya ini.

Resepi Tom Yam

Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.

Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya memang suka yang masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang & takyah tunggu lama nak empuk macam daging.

Nak bagi tau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana memang senang dapat


Bahan-bahan wajib 


– bawang besar belah 4

– cili api (ketuk)
– daun ketumbar @ corriander leaves
– daun limau purut
– serai – diketuk
– air asam jawa @ pes asam jawa
– cili boh @ cili kisar
– pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! 👍🏻 boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
– ayam/daging/udang/sotong
– carrot
– cauliflower
– baby corn
– celery
– buah tomato belah 4
– cendawan


Cara-cara 


• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.

• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• masukkan serai yg diketuk.
• masukkan daun limau purut.
• masukkan carrot.
• masukkan pes asam jawa adabi.

** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **

• masukkan garam.
• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
• masukkan tomato – kacau sekejap.
• tutup api. 
• masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Mabeles!!

Tips 
~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua 
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yang terbaik! 
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.

Ok kalau ada yg tak faham boleh tanya ye, resepi boleh share no problem! 👌🏻 

Sumber: SK


Sumber Cara Nak Buat Tom Yam Pekat, Pedas & Masam Macam Masakan Sebenar Thai, Resepi Tom Yam Ini Dapat Sehingga 17 Ribu ‘Shares’

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfGsww

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.