Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

 Polis Trafik Daerah Kajang, menyelamatkan seorang lelaki yang ditikam sekumpulan empat lelaki lain di Setapak di sini, sebelum mangsa cuba dilarikan di Kajang, malam tadi.

Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

Sekatan jalan selamatkan lelaki perut terburai ditikam sekumpulan 4 lelaki

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota polis Trafik Kajang yang mengadakan sekatan jalan raya di selekoh Jalan Reko, menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, pasukan polis mendapati kereta dinaiki lima lelaki, termasuk seorang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.

Mangsa kemudian mendakwa ditikam dan dilarikan empat lelaki dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof, berkata empat lelaki terbabit ditahan dan pihaknya turut menemui sebilah parang di but kereta.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba membawa mangsa ke Kajang dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

“Mangsa berusia 23 tahun itu mendakwa bertemu dengan suspek di Setapak pada jam 10 malam sebelum dikepung dan diserang sekumpulan lapan lelaki, selain turut ditikam dengan sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek antara 20 hingga 31 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa dirawat di Hospital Kajang.

Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Sumber: Bharian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x3iqWk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.