Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Nurhaliza 'Tweet' Demi Peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Nurhaliza 'Tweet' Demi Peminat


Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza tidak mahu mana-mana pihak salah anggap terhadap Tweet yang ditulis kepada stesen radio Era FM baru-baru ini.

Siti, 38, berkata Tweet itu adalah inisiatif sendiri bagi membuat permintaan lagu agar lagu Segala Perasaan dapat dimainkan di stesen radio itu.

"Saya tidak mahu orang salah anggap terhadap Tweet itu. Saya membaca setiap komen peminat yang bertungkus lumus mengundi dan membuat permintaan untuk lagu itu sejak Mei lalu.

"Saya kasihankan mereka kerana tidak ada maklum balas dari radio berkenaan. Disebabkan itu saya mengambil inisiatif untuk membuat permintaan sendiri.

"Alhamdulillah, saya sudah dengar radio itu memainkan lagu Segala Perasaan dan begitu juga stesen radio lain yang sudah lama memainkan lagu itu," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu status yang ditulis Siti menerusi laman Twitter yang ditujukan kepada radio Era FM menjadi tular sejak Khamis lalu.

Status berbunyi "Salam hormat kepada seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai" itu mendapat lebih 100 kali ulang siar (repost) daripada peminatnya.

Stesen radio itu turut membalas komen yang ditinggalkan Siti dengan meminta peminat penyanyi itu terus membuat permintaan lagu itu,

"Terima kasih Dato. Lagu Segala Perasaan masih dalam Carta Lagu Baru Nak Up. Sitizoners perlu teruskan meminta lagu ini & mengundi di era.fm :)," tulis pengendali akaun media sosial radio itu.

Siti turut menjelaskan, sebagai penyanyi dan stesen radio saling memerlukan.

"Saya menghargai setiap stesen radio dan kami saling memerlukan. Saya ikhlas menerbitkan album setiap tahun dan sangat berharap radio menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan sesebuah lagu," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdkNDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.