Prasarana Rintis Peluang Kekal Di Arab Saudi
Gambar Prasarana Malaysia Berhad |
MAKKAH: Keupayaan Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengoperasikan tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), di sini ke paras optimum mengagumkan pelbagai pihak.
Ia termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi (PTA) bersandarkan pencapaian 110 peratus prestasi pergerakan tren dan 97 peratus tahap kepuasan penumpang.
Justeru, PTA berharap syarikat berkenaan, yang kini memasuki fasa terakhir kontrak perkhidmatannya, terus diberikan peluang mengendalikan operasi tren berkenaan oleh Arab Saudi.
Ini dinyatakan Presiden PTA, Dr Rumaiah al-Rumaiah dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham di Riyadh minggu lalu bagi memberikan taklimat mengenai pengoperasian MMMSL kali ini.
Masnizam menjelaskan badan kawal selia itu memberikan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Prasarana dalam pengendalian tren berkenaan untuk musim haji seterusnya.
"Ini tahun ketiga kita beroperasi dan juga musim (haji) terakhir. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk 'Tetamu Allah'.
"Itu yang kita harapkan, malah persiapan awal sudah kita buat sejak setahun lalu bagi mendapatkan kesempurnaan dalam penugasan dan perkhidmatan diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Persediaan Operasi Tren Haji di Depoh MMMSL, Al- Abdiya, di sini sebentar tadi.
Hadir sama Pengarah Urusan MMMSL, Ahmad Jamaluddin Salleh; Pengarah Penyelenggaraan MMMSL, Nor Azmi Aziz dan Pengarah Operasi MMMSL, Burhanordin Ismail.
Sementara itu, Masnizam bersikap optimis apabila ditanya mengenai peluang Prasarana menyambung operasi di Arab Saudi, khusus bagi musim haji seterusnya.
"Itu sedang kita pertimbangkan, terutama dalam konteks nilai kontrak ditawarkan. MMMSL adalah operasi pertama kita di luar negara, dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman baharu kita peroleh.
"Kita bukan hanya membawa nama Prasarana, tetapi kita membawa bersama imej negara, terutama prestasi baik negara dalam bidang pengurusan pengangkutan awam" katanya.
Beliau menjelaskan pihaknya mengambil pendirian terbuka berhubung perkara itu, malah sentiada bersedia untuk mengadakan rundingan bersama pihak berkaitan di Arab Saudi, termasuk Kementerian Haji.
"Berbeza dengan kontrak sebelum ini yang memerlukan kita melakukan bidaan, kontrak baharu mungkin menggunakan konsep rundingan terus. Prasarana dijangka berdepan cabaran tiga syarikat pengendali tren dari Eropah.
"Namun, kita yakin dan optimis Prasarana pasti diberikan keutamaan bersandarkan prestasi cemerlang sejak mengendalikan operasi MMMSL pada 2015," katanya.
Prasarana selaku syarikat peneraju pengurusan pengangkutan awam Malaysia memperoleh kontrak pengendalian tiga tahun bermula pada 2015 membabitkan nilai RM915 juta.-BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdiCAd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment