Coretan kongsi kesedihan
CORETAN setiap hari seorang isteri di Facebook (FB) mengenai keadaan suaminya yang terlantar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya mendapat perhatian netizen hingga tular di media sosial.
Siti Rohayu Ibrahim, 26, sentiasa berkongsi keadaan Muhamad Ridzuan Zaki, 27, di akaun facebook (FB) miliknya sejak suaminya dirawat selepas motosikal ditunggangnya itu dirempuh pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Alur Lintang, Jertih kira-kira 5 petang pada 3 Mei lalu.
Ketabahan dan kesabaran wanita dari Kampung Kayu Kelat, dekat Jertih yang dianugerahkan dua anak itu menghadapi cabaran mendapat sanjungan ribuan rakan FB malah ada yang menghulurkan pelbagai bantuan serta ramai menziarahi suaminya walaupun hanya kenalan di alam maya.
"Saya membuat coretan di FB hanya untuk meluahkan perasaan sedih terhadap nasib suami dan beban hidup yang terpaksa tanggung kerana suaminya hanyalah seorang penternak ikan kecil-kecilan sebelum ini," katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurutnya, dia kini terpaksa menjalankan tugas merawat suami, suri rumah dan bapa kepada dua anaknya, Nur Adrieyna Daniella, 5, serta Muhamad Riezqullah Dhiyaulhak berusia 8 bulan kerana Muhamad Ridzuan tidak lagi mampu bergerak dan memerlukan perhatian sepanjang masa.
Katanya, dia berterima kasih kepada yang memberi sokongan kepadanya sekali gus menguatkan lagi semangatnya menghadapi dugaan itu.
"Walaupun hanya kenal di FB, ramai yang memberi sokongan hingga ada seorang rakan dari Kuala Lumpur sanggup datang ziarah kami serta menyumbang katil dan peralatan menyedut kahak untuk kegunaan suami.
"Selain itu, ramai juga yang lain mengirim lampin pakai buang melalui kurier bagi kegunaan suami," katanya.
Menurutnya, suaminya memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1,500 sebulan untuk bekalan susu dan lampin pakai buang sertatidak termasuk kos rawatan sampingan lain.
Katanya, sebelum ini dia ada menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM3,000 bagi kegunaan kos rawatan suaminya.
"Suami saya hanya bergantung kepada susu dan perlu memberinya minum setiap setiap empat melalui peralatan khas yang disediakan," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlHR8s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment