Annuar Musa kenal Mahathir permainkan nama Nabi Isa
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMMO, Tan Sri Annuar Musa kesal Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup mempermainkan nama Nabi Isa dalam satu program anjuran pembangkang baru-baru ini.
Annuar menegaskan, bagi manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, nama Nabi dan Rasul bukan untuk dijadikan bahan kelakar bagi mencapai cita-cita politik.
“Semua kita tahu bahawa perbuatan menghina, mempersenda nabi boleh mengakibatkan diri menjadi kufur. Pelakunya akan dilaknat Allah S.W.T,” katanya di Facebook semalam.
Annuar menyiarkan transkip ucapan Mahathir dalam program pembangkang tersebut seperti berikut:
“Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.
“Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh… Isa Samad”
“Berdasarkan catatan di internet, pada tahun 1997, Mahathir pernah didakwa memperlekehkan janggut Rasulullah SAW dengan mempersoalkan perkara berikut:
- Siapa tahu janggut Nabi macam mana?
- Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
- Di zaman tu dia bukan ada Gillette.
- Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.
Mahathir awal tahun ini turut dilaporkan menuduh Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam dan masuk syurga sewaktu berucap dalam satu majlis anjuran DAP dan kenyataan beliau itu mendapat sorakan gemuruh penyokong DAP.
Sementara itu, mengulas tentang isu kesilapan cetakan bendera negara Indonesia pada buku atur cara Sukan SEA 2017, Annuar menegaskan perkara itu tidak disengajakan.
“Pun begitu selaku tuan rumah yang bertanggungjawab kita wajar memohon maaf. Menteri Belia dan Sukan sudah mengambil langkah yang wajar termasuk menarik balik buku itu dan mencetaknya semula.
“Ini juga menguji semangat dan solidariti ASEAN yang merupakan paksi kepada sukan SEA itu sendiri,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Annuar Musa kenal Mahathir permainkan nama Nabi Isa
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlBKkG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment