Hi! Welcome Back and Stay Tune! KJ perjelas sebab pilih Nur Dhabitah nyala obor Sukan Sea - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KJ perjelas sebab pilih Nur Dhabitah nyala obor Sukan Sea

KJ Jelas Sebab Pilih Dhabitah Sabri Nyala Obor Sukan Sea
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) tampil memberikan penjelasan tentang pemilihan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menyalakan obor Sukan Sea ke-29 KL2017 malam tadi.
Sempena Upacara Pembukaan Sukan Sea, Dhabitah dipilih sebagai atlet terakhir untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea tahun ini.
Kata KJ, penghormatan itu diberikan kepada Dhabitah memandangkan prestasinya yang memberangsangkan sekali gus menjadi potensinya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab Sukan Sea adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama,” tulis KJ di Twitternya malam tadi.

Pemilihan Dhabitah untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea itu mendapat reaksi positif netizen dan menganggap itu pilihan terbaik.
“Dhabitah ikon senyum Malaysia,” tulis Zizan Ali.
“Dialah paling sesuai sebab tidak takut tinggi,” kata @majidune.




Dhabitah turut berkongsi perasaan terharu dan terima kasihnya diberikan penghormatan pada upacara gilang gemilang itu.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya adalah individu paling bertuah diberikan peluang oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk terbang tinggi dan menyalakan obor rasmi Sukan Sea ke-29.
“Tanpa peluang ini saya tidak akan dapat bertemu dengan semua legenda sukan seperti hari ini.

“Kami ahli sukan sama-sama menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain. Terima kasih,” tulisnya di Instagram

Dhabitah, 18, pernah memenangi pingat gangsa dalam acara wanita 10 meter platform segerak pada Sukan Komanwel 2014.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari http://ift.tt/2v2PAnM ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: Astro Gempak

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wsG5li

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.