Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Siasat Isu Bendera Indonesia Terbalik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Siasat Isu Bendera Indonesia Terbalik



JOHOR BAHRU – Polis menjalankan siasatan berhubung kesilapan bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderamata upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 (KL2017).

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata kesilapan teknikal itu sudah diperjelaskan namun menyifatkan insiden terbabit tidak sepatutnya berlaku.

“Kita tidak mahu insiden ini membuatkan pihak Indonesia berkecil hati.

“Saya belum mendapat maklumat dari pihak Indonesia namun kita mengambil langkah siasatan supaya perkara ini tidak berulang.

“Hubungan kita dengan negara jiran terdekat ini amat penting, lebih-lebih lagi mereka menyertai KL2017,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Johor, di Dewan Dato Onn Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Semalam, bendera Indonesia dikesan disalah cetak terbalik pada buku cenderamata pembukaan KL2017.

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada rakyat Indonesia atas kesilapan berkenaan. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wl0OIs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.