Ramai Tak Tahu, Sebenarnya Kita Boleh ''Claim'' Jika Alami Kecederaan Akibat Dilanggar Kenderaan Lain Yang Tiada Insurans
Mungkin kita pernah terdengar kisah kemalangan melibatkan kenderaan yang tidak mempunyai insuran, mereka kebanyakan melarikan diri kerana risau kesalahan yang mereka lakukan.
Namun, jika anda mengalami kecederaan, perlu diketahui bahawa anda boleh untuk ''claim'' bayaran untuk rawatan kosa kecederaan walaupun dalam jumlah yang agak tinggi. Bagaimana caranya? jom kita baca.
Motor Insurers’ Bureau (MIB)
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk spital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi Kak Zai nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
- Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
- MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
- Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
- Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
- MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
- Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
- Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
- Repot polis
- Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
- Laporan perubatan
Hantar dokumen diatas ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Sumber: Siakapkeli
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x3lhyL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment