Sindiket dadah ladang kelapa sawit di Bintulu tumpas
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailanni Amit memberitahu, pihaknya mencekup suspek pertama sekitar jam 4 petang semalam di satu perhentian bas, bersebelahan sebuah ladang di kilometer 138, Jalan Bintulu-Miri.
"Hasil pemeriksaan tubuh suspek menemui satu paket plastik lut sinar di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans yang dipakainya.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 25 tiub lut sinar kekuningan yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Kata Zailanni, berat kasar dadah yang dirampas adalah seberat 5.15 gram, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek yang tiada dokumen yang sah berusia 19 tahun, berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Polis kata Zailanni, turut menahan tiga suspek lain di lokasi yang sama.
Ketiga-tiganya yang juga tanpa dokumen, berusia di antara 26 hingga 33 tahun dari Bakaru, Sulawesi Selatan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siasatan awal kata Zailanni mendapati ketiga-tiga suspek telah berada di Bintulu sejak setahun lalu.
"Keempat-empat suspek juga mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu di sekitar kawasan ladang di Jalan Bintulu-Miri.
"Dadah tersebut dibeli daripada pembekal dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank, sebelum dadah tersebut diletakkan di suatu tempat yang dijanjikan kemudian," katanya lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fWszQA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment