Hi! Welcome Back and Stay Tune! [UPDATE] Pembunuh upahan yang bunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[UPDATE] Pembunuh upahan yang bunuh

POLIS mengesahkan kes tembak mati Sun Inspektor Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, dekat Changlun, Kedah, kelmarin, dilakukan penembak upahan dari negara luar.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihak polis, kes itu didalangi kumpulan kongsi gelap yang dilakukan berikutan tindakan polis membanteras jenayah dan gerakan memburu kumpulan itu.

"Walaupun mungkin ada penembak upahan dari luar negara Malaysia tetapi dengan kerjasama MLA (Bantuan Perundangan Bersama) dan kerjasama perkongsian maklum balas perisikan, kita akan mencari hingga kita memperolehi, menangkap dan membawa ke muka pengadilan pihak yang terbabit membunuh polis berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan di Teluk Intan, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, dan akan memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, Allahyarham menunjukkan komitmen tinggi degan tugasnya walaupun sedang bercuti ketika kejadian.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited menurunkan indeks jenayah walaupun risiko yang terpaksa dihadapi pasukan dan setiap anggotanya.

Berita berkaitan

• Suspek bunuh Sub Inspektor direman

• Suspek kedua bunuh Sub Inspektor ditahan

• Suspek bunuh Sub Inspektor ditahan

• Arwah ditembak masa tengah berbual

• Anggota polis Bukit Aman maut ditembak



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vTEQcm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.