Peminat Lega Berat Badan Wendy Naik
Sebelum ini, rata-rata peminat Red Velvet meluahkan rasa risau selepas melihat foto Wendy yang kelihatan terlalu kurus.
Sehinggakan tulang rusuk penyanyi berusia 23 tahun jelas terlihat terutama ketika dia membuat persembahan dan menari di pentas.
Lantas timbul spekulasi kononnya dia mengalami masalah ‘eating disorder’.
Namun kini nampaknya peminat tidak perlu khuatir lagi kerana baru-baru ini gadis yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter ini dikatakan sudah nampak lebih sihat dan badannya juga sudah berisi berbanding sebelum ini.
Menerusi foto terbaharu, menunjukkan bahagian perut dan pehanya lebih berisi. Difahamkan berat badannya juga semakin bertambah dan dia kelihatan semakin sehat.
Pasti ini satu berita yang mengembirakan peminat kerana idola kesayangan mereka kini tampil dengan berat badan ideal sekaligus Wendy dipercayai tidak lagi menjalani diet ekstrem.
Selain Wendy, Red Velvet dianggotai Irene, Yuri, Seulgi dan Joy.
The post Peminat Lega Berat Badan Wendy Naik appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybuWDM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment