Hi! Welcome Back and Stay Tune! HARAPAN PATUT DAPATKAN PENJELASAN ANWAR, KATA MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HARAPAN PATUT DAPATKAN PENJELASAN ANWAR, KATA MP

Pakatan Harapan (HARAPAN) patut mendapatkan penjelasan daripada PKR mengenai pendirian Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan rundingan kerusi dengan PAS, kata Anggota Parlimen PKR William Leong.

Katanya, ini akan menghentikan perbalahan yang berpunca daripada warkah Anwar, yang dikatakan bercanggah dengan keputusan HARAPAN untuk menghentikan rundingan dengan PAS.

“Keputusan (oleh HARAPAN dan Anwar) dilihat bercanggah, saya berpendapat majlis presiden Pakatan Harapan perlu mendapatkan penjelasan daripada PKR mengenai pendirian parti mengenai perkara itu,” kata Leong, yang juga anggota majlis pimpinan tertinggi PKR.

Keputusan HARAPAN katanya, sepatutnya mengatasi keputusan satu pihak (Anwar), tetapi perbincangan masih diperlukan kerana keputusan HARAPAN dibuat berdasarkan prinsip secara konsensus.

Leong menasihati partinya mendengar suara ahli akar umbi dan orang awam yang mahu pembangkang menghentikan rundingan dengan PAS, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh media.

“Kepimpinan PKR mesti rasai perasaan akar umbi, lebih baik tahu hari ini daripada kecewa pada hari mengundi.

“Apabila orang kecewa, mereka sama ada mengundi menentang (HARAPAN) atau mereka tidak mahu keluar mengundi,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybBTok

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.