Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN KELANTAN DIBENTUK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN KELANTAN DIBENTUK

Pengumuman pembentukan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini memberi gambaran bahawa PH Kelantan padu dan sudah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya akan datang tanpa mempedulikan acohan daripada Pas. Pengumuman barisan kepimpinan PH Kelantan diumumkan oleh Pengerusinya, Husam Musa, selepas mengadakan mesyuarat khas petang tadi.

Mohd Sobre Shafei
Abd Aziz Kadir

Kesemua pengerusi parti gabungan dalam PH hadir, ini menolak spekulasi mengatakan ada pemimpin kemungkinan menguzurkan diri menghadir mesyuarat berkenaan kerana sebab-sebab personal.

Kesemua pengerusi empat buah parti hadir, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Amanah), Abd Aziz Kadir (Keadilan), Kamaruddin Md Noor (PPBM) dan Chua Chin Shui (DAP).


Kehadiran mereka ini juga menutup segala cerita-cerita basi yang diecerkan oleh pihak lawan kononnya tiada kata sepakat di kalangan mereka.

Dalam mesyuarat khas pembentukan itu, Husam telah mengumumkan kepimpinan PH Kelantan terdiri daripada empat orang timbalan pengerusinya, Wan Abdul Rahim, Abd Aziz Kadir, Kamduruddin Md Nor dan Chua Chin Shui.

Setiausaha PH Kelantan dipegang oleh Mazlan Abdul Rahaman, manakala Pengarah jawatankuasa Tawaran, Mohamad Hussein dan Pengarah Undang-Undang Hisham Fauzi.

Wan Abdul Rahim juga dilantik sebagai pengerusi pilihan raya PH Kelantan. Lain-lain pemimpin parti PH yang dilantik termasuklah, Sazmi Miah sebagai Pengarah Pilihan raya, Zulkifli Zakaria Ketua Penerangan manakala Mohd Sabre Shafei sebagai Ketua Sekretariat.

Barisan tokoh yang umumkan Husam itu dilihat padu dan mantap sesuai dengan kedudukan dan pengalaman masing-masing.  Pelantikan Wan Abdul Rahim sebagai pengerusi pilihan raya dikira tepat berpandukan pengalamannya selama ini. Hanya Mazlan Abdul Rahman sebagai pemuka baru dimana pelantikan itu tentu ada keistimewaan tersendiri.

Paling menggembira apabila Abd Aziz Kadir dan Chua Chin Shuai yang dibimbangi tidak akan hadir disebabkan isu-isu kecil dibangkitkan oleh budak-budak “paca politik” parti masing-masing sebelum ini, turut sama hadir dan memberi komitmen penuh.

Kesediaan Abd Aziz hadir untuk berada dalam dalam barisan pimpinan PH, dilihat memberi pukulan kepada Pas yang beriya-iya untuk mengikat Keadilan Kelantan agar tidak bergabung dengan PH. Kehadiran bekas ahli Parlimen Ketereh itu juga sekaligus memberi gambaran kematangan Abd Aziz dalam menimbangi arus politik dan tidak mudah terpengaruh dengan usikan budak-budak paca politik.

Sementara pelantikan Sobree sebagai Ketua Sekretariat juga sesuai menandangkan kerajinan dan kesungguhan bekas pegawai ibu pejabat Umno Malaysia ini bekerja. Sobree dilihat seorang tokoh yang tenang, sabar dan punya sifat berdiplomatik.

Pembentukan pimpinan PH Kelantan juga dikira menamatkan permainan politik, aduk domba, tarik tali, atau pun politik “menetas guni beras di malam hari”. Rakyat Kelantan yang sudah muak dan menanti masa sahaja untuk mengajar Pas pasti lega dengan pembentukan pimpinan PH itu.

Apa lagi dipihak Umno yang menaruh harapan untuk menawan Kelantan dengan berlaku tiga penjuru juga mungkin terpaksa mengubah pelan dan strategi mereka. Pembentukan kepimpinan PH itu menunjukkan bahawa PH Kelantan bukan lagi menjadi komponen serpihan tetapi dilihat komponen yang boleh menghancurkan impian UBN dan Pas untuk tawan Kelantan.

Sementara itu kepercayaan Dr Mahathir melantik Husam sebagai Bendahari Pakatan Harapan Malaysia dan berada dalam majlis presiden merupakan penghormatan buat PH Kelantan khasnya dan rakyat Kelantan khususnya.

– http://ift.tt/1ELI8AG

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybBXEA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.