24 persatuan penduduk mahu kerajaan Pulau Pinang tangani banjir
Wakil persatuan berkenaan R. Meenakshi berkata kesemua mereka melahirkan rasa bimbang dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini pada 15 Sept lepas yang disifatkan antara yang terburuk sehingga mengakibatkan kerosakan yang amat teruk.
Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya menjadikan kejadian banjir terburuk itu sebagai satu amaran untuk mengambil tindakan segera dan serius.
"Kami mahu kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat di kawasan yang terlibat (banjir) ini untuk mengambil kira situasi taburan hujan, banjir dan hakisan bukit secara serius."Untuk makluman, kawasan Bandar Baru Ayer Itam merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dalam kejadian banjir kilat 15 Sept lalu. Kejadian banjir baru-baru ini mendedahkan penyebab jangka pendek dan panjang serta langkah yang diperlukan untuk mengurangkan dan menyelesaikan masalah banjir," katanya pada sidang media yang turut dihadiri kira-kira 40 penduduk, di sini hari ini.
Hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter pada 15 Sept lalu telah mengakibatkan 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.
Meenakshi berkata pihaknya akan mengeluarkan surat kepada wakil-wakil rakyat di kawasan mereka sebagai langkah untuk menarik perhatian pihak berwajib dalam mendepani masalah banjir selain mengadakan dialog dengan kesemua wakil rakyat di negeri ini pada 29 Okt ini untuk membincangkan isu banjir serta tindakan yang akan diambil.
Seorang lagi wakil penduduk K. Suthakar berkata slogan 'Pulau Pinang Ke Arah Bersih, Hijau dan Selamat' yang sering dilaungkan kerajaan negeri tidak seiring dengan kepesatan pembangunan di negeri ini yang dilihat menjejaskan sistem ekologi.
"Berapa lama lagi kami nak menderita? Isu ini sudah lama dan kami sudah banyak bersabar. Kalau nak jadi wakil rakyat, mesti 'perform' bukan sekadar cakap-cakap kosong di pentas. Kami mahu adanya tindakan yang proaktif daripada pihak kerajaan negeri mahu pun kerajaan persekutuan dalam menangani isu ini demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wXf3zZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment