3 Anggota Rela yang dipukul Datuk Seri terima sijil kepujian
KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang mendakwa dipukul individu bergelar ‘Datuk Seri’ di sebuah tokong di Jalan Ampang di sini Jumaat lepas, akan menerima sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas.
Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata sikap sabar mereka dan tidak mencetuskan tindak balas walaupun diugut dan dikasari wajar dipuji dan dijadikan teladan oleh anggota Rela yang lain.
“Bagi menghargai komitmen kepada tugas, mereka akan menerima sijil kepujian hari ini yang disampaikan oleh saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Zulkifli berkata sikap mereka membuktikan anggota Rela bertugas dengan mempraktikkan nilai-nilai murni dan mengelak konfrontasi dengan orang awam.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata suspek berusia 29 tahun itu telah dikenal pasti dan diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. — Bernama
Sumber: Mstar
Sumber 3 Anggota Rela yang dipukul Datuk Seri terima sijil kepujian
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zhgvSC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment