Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Budak Baru Nak Up’ Mendominasi Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Budak Baru Nak Up’ Mendominasi Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 32

‘Budak Baru Nak Up’ Mendominasi Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 32

Antara peserta yang bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 (Pic: Alexander Hadreez Jr.)

Peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang mula bersiaran secara langsung malam tadi menyaksikan lagu irama ala 90an yang mendayu-dayu serta penyanyi muda atau Budak Baru Nak Up (BBNU), iaitu terma yang sering dirujukkan kepada kelompok terbabit mendominasi senarai pencalonan.

Suka ataupun tidak, inilah hakikat yang harus diterima apabila lagu aliran 90-an nyanyian mereka berjaya mencuri hati peminat, selain menjadi pilihan utama radio untuk diputarkan. Sekali gus, lagu berkenaan menguasai senarai pencalonan SFMM32 dan menterjemahkan situasi industri muzik negara, saat ini.

Pun begitu, masih terdapat artis senior yang bertanding dan antara mereka yang tersenarai adalah Dayang Nurfaizah, Hazama, Black, Haiza dan Siti Nordiana. Sekurang-kurangnya, dengan kehadiran nama-nama besar ini, bolehlah dianggap sebagai penyelamat maruah apabila ada juga penyanyi otai dan bertaraf diva menyertai program itu.

Muzik bersifat universal.

Pun begitu, bagi pelapis muda yang bertanding, mereka tidak melihat ia sebagai pertarungan dua generasi. Antara yang berpandangan sedemikian adalah penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Terakhir, Sufian Suhaimi.

“Muzik tidak ada yang baharu atau lama sebab ia bersifat univeral dan sentiasa berevolusi. Mungkin bakat baharu ini datang dengan sesuatu yang berbeza dan sebab itu mereka mendapat sambutan daripada pendengar. Kalau kita tengok, finalis pada tahun ini agak seimbang sebenarnya,” ujar Sufian yang mempertaruhkan lagu ciptaan Sirkhan berjudul Harus Aku.

Peminat mahu wajah baru.

Bertanding atas tiket lagu Segalanya dan Tergantung Sepi, Haqiem Rusli melihat situasi itu sebagai sesuatu yang segar untuk pertandingan yang sudah pun mencecah usia tiga dekad penganjurannya.

“Selalu kita dengar peminat program ini mahu melihat wajah-wajah baharu yang bertanding dan kini apa yang mereka impikan tercapai. Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini mempertaruhkan ramai penyanyi muda yang berbakat besar, bukan sahaja boleh menyanyi tetapi mencipta lagu sendiri,”ujar Haqiem.

Antara artis muda di separuh akhir.

Walaupun dikuasai ramai penyanyi angkatan baharu, namun menurut Penerbit Eksekutif SFMM32, Nurul Huda Khalid, penyanyi otai masih berpeluang untuk menunjukkan taring mereka.

“Kalau kita lihat, sejak awal tahun lagi lagu seperti inilah yang mendominasi pasaran, di laman sosial seperti YouTube, dan popular di corong radio. Itulah dia aliran muzik yang diminati ketika ini serta diinginkan oleh khalayak.

“Begitupun, artis senior masih ada tempat untuk sama-sama bersaing. Cuma, mereka ini muncul ketika di hujung-hujung program Muzik Muzik, seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Hazama, Akim & The Majistret.

“Kehadiran mereka boleh diibaratkan seperti penyelamat dan menampakkan keseimbangan antara penyanyi generasi muda serta mereka yang berpengalaman,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Dayang ada semangat suka bertanding.

Sementara itu, kehadiran Dayang Nurfaizah yang mempertaruhkan lagu Separuh Matiku Bercinta hasil ciptaan Ajai dilihat sebagai ‘penyelamat maruah’ kerana sekurang-kurangnya ada juga wakil artis berpengalaman dalam pertandingan terbabit.

Mengulas perkara itu, Dayang berkata, semangat suka bertanding yang membuatkan dirinya terus berada dalam program berkenaan.

“Apabila kita masuk pertandingan, secara tidak langsung ia buat kita berfikir dan semakin mengenali diri sendiri serta mencari-cari apa lagi yang kita boleh lakukan selepas ini. Sejujurnya, Dayang rindu pada zaman ketika bertanding dengan penyanyi seangkatan yang lain, seperti sebelum ini,” ujarnya.

SFMM32 disiarkan secara langsung selama tiga minggu, masing-masing pada 29 Oktober, 5 November dan 12 November. Ianya bersiaran di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.



Sumber ‘Budak Baru Nak Up’ Mendominasi Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 32

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgBsNb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.