Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakar bius buka Balai Cerap di rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakar bius buka Balai Cerap di rumah

KOTA BHARU: Minat mendalam dalam bidang astronomi dan angkasa mendorong seorang pakar bius membuka Balai Cerap mini di kediamannya, di sini.

Pakar bius sebuah pusat perubatan swasta, Prof Dr Mahomarawi Omar, 56, membuka Balai Cerap mini di kediamannya di Kubang Kerian pada 1992 sebelum berpindah ke Kubang Rawa, Salor, tiga tahun lalu.

Bermodalkan RM500,000, usaha beliau mendapat pengiktirafan daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) melalui projek Inovasi Sosial Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Prof Dr Mahomarawi juga menerima sumbangan fasiliti Balai Cerap pertama di Kelantan bernilai RM250,000.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Falak (Amatur) Kelantan, mendapat pendidikan dalam bidang perubatan, namun meneruskan usaha dalam ilmu astronomi melalui pembacaan dan kajian.

"Saya mempunyai minat mendalam dan mahu mengetahui mengenai bidang angkasa, bulan dan bintang sejak kecil. Setiap kali mendengar tafsiran al-Quran, saya akan tertanya-tanya apabila sampai bahagian yang mendedahkan keindahan ciptaan tuhan ini.

"Melalui balai cerap ini, komuniti Kelantan terutama pelajar dan peminat astronomi dapat mempelajari astronomi moden dengan teori dan praktikal melalui pencerapan dan bengkel yang akan dikendalikan oleh persatuan di sini.

"Pembinaan Balai Cerap ia juga memupuk kesedaran dan minat masyarakat kepentingan ilmu astronomi," katanya ketika ditemui di kediamannya selepas Majlis Penyerahan projek Inovasi Sosial Mosti (MSI) Balai Cerap Persatuan Astronomi (FALAK) Amatur Negeri Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Nordin Ahmad.

Mahomarawi berkata, balai cerap ini akan dibuka kepada umum pada Januari tahun depan dan akan dikenakan sedikit bayaran.

Sementara itu, Nordin berkata, Balai Cerap itu adalah projek ketiga pihaknya selepas dilancarkan untuk Persatuan Balai Cerap Sabah Stargazer dan projek solar atas talian untuk masyarakat Orang Asli di Dengkil, Selangor.

"Sumbangan untuk fasiliti dan pembinaan Balai Cerap ini, sejajar dengan pembangunan teknologi dan objektif utama MOSTI untuk mengembangkan bidang astronomi di negara ini.



Sumber Pakar bius buka Balai Cerap di rumah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ltnmSS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.