Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga minyak Brent Pertama Kali Melepasi Paras $60 Setong Sejak Kejatuhan Mendadak Pada 2015 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga minyak Brent Pertama Kali Melepasi Paras $60 Setong Sejak Kejatuhan Mendadak Pada 2015

Pasaran minyak mengukuh pada hari Isnin dengan harga minyak Brent yang melepasi paras $60 setong berikutan jangkaan pasaran bahawa pengurangan bekalan minyak oleh Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka akan tamat pada Mac 2018 akan dilanjutkan. Namun peningkatan eksport daripada Iraq menyebabkan harga tidak dapat melonjak lebih tinggi.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.12 setong, naik 0.41% setakat jam 04.10 petang.

Pasaran hadapan Brent di ICE naik 27 sen atau 0.45% kepada $60.40 setong setakat jam 04.10 petang. Harga minyak Brent naik menghampiri paras tertinggi sejak Julai 2015. Peningkatan ini melebihi 36% daripada paras terendah pada bulan Jun iaitu pada bacaan $45.54.

Menurut ANZ bank, selain dariapda peningkatan harga yang didorong kesungguhan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, kenyataan Putera Mahkota Arab Saudi yang menyarankan lanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak turut menambahkan lagi peningkatan harga.

OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

OPEC dijangka akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini.

Berdasarkan laporan pada hari Ahad, para pedagang berpendapat peningkatan eksport dari Iraq, daripada 900,000 bpd kepada 4.6 juta bpd menyebabkan harga Brent tidak dapat melonjak lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak U.S yang meningkat sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 menyebabkan harga minyak WTI lebih murah berbanding Brent.

Berdasarkan kenyataan CFTC pada hari Jumaat, peningkatan minyak Brent dan WTI menyebabkan spekulator meningkatkan lagi pelaburan mereka di pasaran hadapan dan opsyen di New York dan London daripada 15,041 kontrak kepada 280,634 kontrak.

The post Harga minyak Brent Pertama Kali Melepasi Paras $60 Setong Sejak Kejatuhan Mendadak Pada 2015 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yW6IOz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.