Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZUCoV jadi kemudahan latihan pertama di Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZUCoV jadi kemudahan latihan pertama di Asia Tenggara

JOHOR BAHRU: Tentera Darat Malaysia (TDM) kini memiliki kemudahan latihan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dalam usaha meningkatkan kemahiran pertempuran bandar.

Perkampungan OBUA yang dikenali sebagai Zulkiple's Urban Combat Village (ZUCoV) itu adalah bersempena nama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Majlis perasmian dan demonstrasi latihan tempur ZUCoV yang dibina di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, disempurnakan sendiri Zulkiple hari ini.

Zulkiple berkata, pembinaan ZUCoV membabitkan kos berjumlah kira-kira RM423,000 (AUD$130,000) yang dibiayai sepenuhnya Tentera Darat Australia (TDA).

"Kemudahan latihan ini boleh menampung satu kompeni infantri (dalam satu masa) dan ia dibina dengan sepenuhnya bantuan kewangan TDA selain akan diguna pakai bersama dengan TDA yang turut menjalani latihan di Semenanjung.

"Teknik dan kemahiran dalam OBUA sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan medan tempur (hutan) kerana ia membabitkan bangunan.

"Atas sebab itu, TDM perlu mempunyai lapang sasar (kemudahan) bagi menjalani latihan seperti ini dan selepas menyaksikan demonstrasi tadi, saya yakin ia mencapai objektif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian ZUCoV di Perkampungan OBUA di PULADA di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin; Panglima Markas Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Wira Md Tajri Alwi dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Konsep latihan OBUA yang dianjurkan PULADA merangkumi empat peringkat iaitu permulaan, pertengahan, pendahulu dan pakar.



Sumber ZUCoV jadi kemudahan latihan pertama di Asia Tenggara

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ltniT8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.