JBPM beku cuti 12,649 kakitangan
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, pembekuan cuti itu melibatkan kekuatan pegawai dan anggota di 16 negeri tersebut selain akan mengikuti penjadualan semula jadual tugasan.
Malah tegasnya, kesemua aset menyelamat di darat dan air berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan semasa operasi bila-bila masa."Cuaca yang tidak menentu di pantai timur terutama Terengganu meletakkan JBPM sentiasa bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah projek pembinaan semula rumah terbakar di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada keluarga Razali Endot yang telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.
Tambah Amer sebanyak tujuh unit helikopter JBPM bersedia untuk melakukan pemantauan udara dan tugas-tugas menyelamat.
Sementara itu, katanya, JBPM Terengganu telah mengenal pasti 14 lokasi yang sering terlibat dengan bencana banjir terutama di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.
Sumber JBPM beku cuti 12,649 kakitangan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxS3rA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment