Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong JDT, Kedah idam final 'mesra' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong JDT, Kedah idam final 'mesra'

ALOR SETAR: Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (KPBJDT), Mohd Fadzli Sapie yakin perhubungan baik yang terjalin antara kedua penyokong Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dapat diteruskan dalam suasana penuh bersemangat pada aksi di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Beliau yang hadir bersama lebih 100 penyokong JDT ke Stadium Darul Aman bagi menyaksikan perlawanan terakhir antara Kedah bertemu JDT kelmarin turut mengadakan perjumpaan dengan kelab Peminat Bola Sepak Kedah (PBK) di sini.

Hadir dengan semangat perpaduan, Fadzli mengakui kedua-dua penyokong sudah menjalin hubungan baik sesama sendiri sejak 2013 lagi dan kehadiran mereka ke Alor Setar adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan.

"Kami membawa kain rentang kelab penyokong dan mengambil kesempatan beramah mesra serta berkumpul serta bergambar bersama sama penyokong Kedah di hadapan Stadium Darul Aman dan mesej yang ingin kami sampaikan adalah ikatan persaudaraan, silaturahim dan perpaduan antara kedua dua penyokong.

"Kami juga saling bertukar pandangan dan setakat ini perhubungan antara kami berjalan dengan erat dan penuh kerjasama. Walaupun perlawanan ini dikatakan sekadar pelengkap jadual tetapi kami tetap tidak memilih perlawanan di samping menyaksikan perlawanan 'pra final' ini," katanya.

PRESIDEN Kelab Peminat Bolasepak Kedah (PBK), Fazli Mansor (kiri) dan Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak JDT (KPBJDT), Mohd Fadzli Sapie.

Menurutnya, hubungan baik sesama penyokong Kedah dan JDT akan menimbulkan kecintaan lebih mendalam di kalangan peminat bola sepak sambil berharap suasana perlawanan akhir nanti akan lebih harmoni dan penyokong Kedah dan JDT masing masing lebih selesa berada di stadium tanpa risau insiden tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Presiden Kelab PBK, Fazli Mansor berkata hubungan rapat antara kedua kelab peminat melambangkan persahabatan terjalin sejak beberapa tahun sebelum ini.

"Buang sifat iri hati, permusuhan yang merosakkan imej penyokong bola sepak, sebaliknya kita rapatkan silaturahim, hubungan yang baik dan kerjasama antara kedua dua penyokong dan kita perlu hormat menghormati apabila bertandang ke stadium masing masing," katanya.



Sumber Penyokong JDT, Kedah idam final 'mesra'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gWNh3R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.