Tiga penembak mahu bawa kes ke mahkamah
Aida Adilah Mat
KUALA LUMPUR: Tiga atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan apabila bakal membawa kes mereka yang digugurkan daripada Program Podium ke muka pengadilan.
Selepas hasrat untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar langsung tidak diendahkan, Muslifah berkata, kes membabitkan pengguguran mereka wajar mendapat pembelaan.
Muslifah menjelaskan, banyak masa mereka dihabiskan untuk negara dan kini masa sudah sampai waktunya bagi membela nasib atlet yang tertindas.
"Saya serahkan kes ini kepada pihak peguam.
"Biar mereka yang akan uruskan.
"Bukan mahu membuka pekung di dada sesiapa. Kami hanya mahu menegakkan keadilan," katanya yang pernah meraih gangsa dalam acara 50 meter prone berpasukan Sukan Asia 2014 di Incheon.
Episod membabitkan tiga penembak itu bermula apabila empat penembak dalam Program Podium termasuk Muslifah, Ayuni, Suryani dan Muhammad Ezuan Nasir digugurkan daripada program Februari lalu.
Ia berlarutan apabila Ayuni dan Muslifah disingkirkan daripada skuad menembak KL 2017 kerana dilabelkan sebagai tidak berdisiplin.
Malah hasrat bertemu Khairy untuk memperjelaskan perkara sebenar juga tidak dilayan.
"Ke mahkamah adalah jalan terbaik selepas rundingan juga tidak berjaya," katanya.
Sumber Tiga penembak mahu bawa kes ke mahkamah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yefHO2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment