KKLW kenal pasti 4 lokasi baharu MARA Digital Mall
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, empat lokasi baharu tersebut terletak di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan.
"Apa yang kita lakukan menerusi MARA Digital adalah langkah awal bagi membantu usahawan bumiputera dalam sektor teknologi maklumat.
"Ramai usahawan bumiputera terbabit dalam ekonomi digital. Ia bukan sekadar bilangan, kita mahu memberi penekanan pada aspek kualiti, kepandaian dan inovasi usahawan berkenaan dalam bidang ICT."Hasrat kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasa usahawan digital bukan hanya mahu mewujudkan pusat gajet di seluruh negara tetapi ingin meluaskannya ke daerah-daerah," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (BN-Jelutong) yang meminta kementeriannya menyatakan berapakah jumlah peniaga serta jumlah transaksi perniagaan bagi MARA Digital Mall sejak ia ditubuhkan pada penghujung 2015 serta menyatakan bagaimana para usahawan ICT bumiputera bermanfaat secara kuantitatif.
Selain itu, tambah Alexander, setakat ini terdapat empat buah MARA Digital Mall yang telah beroperasi.
Katanya, cawangan pertama MARA Digital Mall di Menara MARA, di sini meraih jualan RM26 juta sejak dibuka pada 8 Disember 2015.
"Bagi MARA Digital Mall di Angerik Mall Shah Alam (cawangan kedua) pula meraih nilai jualan sebanyak RM2.3 juta.
"Bagi MARA Digital Mall di Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang, tiada sebarang rekod jualan kerana masing-masing baru sahaja memulakan operasi pada 12 Oktober serta 29 Oktober ini," katanya.
Sumber KKLW kenal pasti 4 lokasi baharu MARA Digital Mall
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A0N4kT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment