Hi! Welcome Back and Stay Tune! MARA Longgar Syarat Tajaan Pelajar Luar Bandar, B40 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MARA Longgar Syarat Tajaan Pelajar Luar Bandar, B40

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pelajar luar bandar bagi menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu adalah susulan peningkatan peruntukan dalam Bajet 2018 untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

Ketika ini, katanya, 40 peratus pelajar KPTM mendapat tajaan penuh kerajaan memandangkan syarat yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika ini yang tidak cukup lima kredit SPM memang terus ditolak (untuk penajaan) tetapi akan datang mungkin yang dapat empat kredit tetapi datang jauh dari pedalaman akan diberi penajaan.

“Pelajar di bandar yang datang daripada keluarga B40 juga akan diberi kelonggaran ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-34 KPTM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 5,585 graduan menerima diploma, ijazah dan sijil profesional masing-masing dalam majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu bermula semalam.

Ismail Sabri berkata Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas memperuntukkan RM2.5 bilion untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, iaitu peruntukan tertinggi pernah diberikan kepada agensi itu.

Susulan itu, katanya, peluang untuk mereka yang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) juga akan lebih luas.

“Tahun lepas kita agak kurang hantar pelajar sarjana dan PhD (ke luar negara) tetapi dengan kelulusan RM2.5 bilion ini, peluang untuk kita tambah pelajar lebih luas,” katanya.

Mengenai kebolehpasaran graduan KPTM, Ismail Sabri berkata beliau meletakkan sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, berbanding 72 peratus ketika ini.

“Setiap tahun kebolehpasaran graduan meningkat satu hingga dua peratus, tetapi saya juga mahu menggalakkan mereka menjadi ‘job creator’ (usahawan),” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lp6z2Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.