Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sah! Hans - Gabriella Tak Jadi Kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sah! Hans - Gabriella Tak Jadi Kahwin

Sah! Hans - Gabriella Tak Jadi Kahwin

Perkahwinan terpaksa dibatalkan. (Pic: Chempaka Nur Iman)

Desas-desas isu putus tunang antara Datuk Hans Isaac, 46, dengan model, Gabriella Robinson, 28, yang tersebar dua bulan lalu akhirnya terjawab hari ini apabila penerbit filem dan pelakon itu mengesahkan hari ini, majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.

Walaupun tidak memberikan sebarang punca atau alasan, kenyataan rasmi yang dikirimkan menerusi aplikasi Whatsapp kepada media secara tidak langsung menamatkan spekulasi yang sebelum ini dinafikan.

Pasangan yang menjalin pertunangan pada 29 Januari dijadualkan memeterai ikatan perkahwinan mereka tahun depan selepas ditunda daripada tarikh asal iaitu sepatutnya pada 29 Julai lalu.

“Dengan berat hati, saya mengumumkan rancangan saya untuk berkahwin, selepas bertunang pada 29 Januari tahun ini, terpaksa dibatalkan.

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan ia dibuat setelah berfikir panjang, susulan daripada pertunangan berkenaan.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang memberikan sokongan tidak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” katanya kepada RojakDaily Kaw! sebentar tadi.

Terdahulu, khabar angin mengenai isu putus tunang membabitkan pasangan terbabit mula bertebaran di laman sosial sebaik pemenang Miss Tourism International 2011/12 itu memadam gambar Hans daripada Instagram peribadinya.

Namun waktu itu Hans menegaskan dirinya terkejut berdepan gossip sedemikian kerana pertunangan mereka masih utuh manakala Gabrielle pula memberi alasan memadamkan gambar tunangnya kerana mahu membuat akaun asing untuk urusan keluarga dan peribadi.

Sudah pasti ketika itu netizen mengaitkan khabar angin berkenaan dengan isu panas yang berlaku sebaik Hans dan Gabriella mengumumkan pertunangan mereka pada 29 Februari lalu di Kuala Lumpur iaitu sebulan selepas majlis di Singapura.

Sehari selepas berita gembira itu dikongsi portal dan media, seorang lelaki mendakwa dirinya dicurangi oleh wanita terbabit dan memuatnaik luahan hatinya menerusi Facebook hingga menjadi tular.



Sumber Sah! Hans - Gabriella Tak Jadi Kahwin

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iLy0TZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.