Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan terus kaji, tambah baik hukuman buang daerah - Nur Jazlan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan terus kaji, tambah baik hukuman buang daerah - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengkaji dan menambah baik pengisian program untuk individu yang dibuang daerah agar terus relevan dengan perkembangan semasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hukuman buang daerah masih lagi relevan untuk dilaksanakan pada masa kini.

“Elemen buang daerah bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang yang berbentuk pencegahan, individu-individu yang dibuang daerah ini atau dalam istilah sebenarnya dalam pengawasan polis bukanlah diabaikan pihak kerajaan.

“Orang-orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis ini dipantau oleh ketua polis balai dan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian kemahiran dimiliki mereka,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk William@Nyallau Badak (BN-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah menerusi hukuman buang daerah yang menurutnya tidak berkesan dalam memberi pengajaran kepada penjenayah yang terlibat.

Malah, katanya individu yang dikenakan hukuman sekatan itu juga diberikan peluang untuk mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu keluarga mereka sekiranya berkelayakan.

Sementara itu, dalam soalan lain, Nur Jazlan berkata, sejumlah 1,703 orang wanita dipenjarakan sehingga 9 Oktober lalu berkaitan kesalahan dadah dengan 931 telah disabitkan manakala 772 masih direman.



Sumber Kerajaan terus kaji, tambah baik hukuman buang daerah - Nur Jazlan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1Ai7u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.