Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bezos Berjaya Mengalahkan Bill Gates Sebagai Orang Paling Kaya di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bezos Berjaya Mengalahkan Bill Gates Sebagai Orang Paling Kaya di Dunia

Jeff Bezos kini adalah orang terkaya di dunia selepas Amazon mengeluarkan laporan pendapatan suku ketiga 2017 pada Jumaat.

Amazon merekod kenaikan keuntungan yang begitu memberangsangkan dengan Bezos memiliki 80 juta unit saham setakat Ogos. Kekayaan bersih beliau kini mencecah $90 billion.

Pada akhir dagangan Khamis, Bill Gates pengasas Microsoft masih berada di tangga pertama dalam indeks Billionaire Bloomberg dengan kekayaan $88 billion. Bezos pula di tempat kedua dengan $83.5 billion.

Bezos sebelum ini telah mendahului Gates pada Julai 2017 apabila nilai bersih kekayaan beliau mencecah $90 billion yang disebabkan kenaikan sementara nilai saham Amazon.

Bagi yang belum mengenali beliau, Jeff Bezos adalah pengasas syarikat Amazon yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Selepas laporan pendapatan Amazon, harga saham syarikat tersebut melonjak 13.22% yang menambah kekayaan Bezos sebanyak $10 billion.

Selain daripada kekayaan yang dimiliki daripada Amazon, beliau juga memiliki hartanah di Seattle, Texas dan California. Pada tahun 2000, Bezos mengasaskan syarikat pelancongan angkasa di bawah syarikat Blue Origin yang menggunakan semula roket angkasa bagi membawa pelancong.

Amazon ketika ini bernilai $529 billion menjadikan ia syarikat e-commerce terbesar dunia. Amazon juga telah mengambil-alih (acquisition) souq.com sebuah syarikat e-commerce terkemuka di timur tengah dengan nilai $580 juta pada Julai 2017. Selain itu, Amazon juga telah mengambil-alih Whole Foods pada nilai $13.7 billion pada Ogos.

The post Bezos Berjaya Mengalahkan Bill Gates Sebagai Orang Paling Kaya di Dunia appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gKSfNk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.