Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Forex Sepanjang Minggu Lalu (23 – 27 Oktober) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Forex Sepanjang Minggu Lalu (23 – 27 Oktober)

US dolar sekali merekod pengukuhan sepanjang minggu lalu yang merupakan kenaikan terbanyak sejak awal tahun 2017. Antara pemangkin kenaikan US dolar adalah spekulasi pengganti Janet Yellen sebagai pengerusi The Federal Reserve.

Dengan laporan bahawa Yellen telah terkeluar daripada calon pengerusi The Fed, ini menambah lagi kenaikan US dolar kerana beliau merupakan calon yang paling ‘dovish‘ di antara semua calon. Kini, spekulasi mengatakan Taylor dan Powell adalah dua calon terakhir. Taylor adalah seorang yang lebih hawkish dan Powell agak dovish. Oleh itu, pemilihan Taylor dijangka akan mengukuhkan lagi matawang greenback.

Selain daripada itu, US dolar juga turut disokong oleh kelulusan bajet kerajaan Amerika Syarikat untuk tahun depan. Kelulusan ini sekaligus menunjukkan isyarat positif terhadap reformasi percukaian US.

Data pertumbuhan ekonomi (GDP) pada Jumaat menambah lagi sentimen positif terhadap ekonomi US tahun ini. Bacaan yang dikeluarkan melebihi jangkaan pasaran dan menambah potensi kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

16 – 20 Oktober 23 – 27 Oktober
Eur/Usd- 128 pip volatile Eur/Usd- jatuh 263 pip
Usd/Jpy– naik 192 pip Usd/Jpy– sideways 121 pip
Gbp/Usd– Jatuh 224 pip Gbp/Usd– sideways 210 pip
Usd/Chf- naik 129 pip Usd/Chf- naik 207 pip
Usd/Cad– naik 180 pip Usd/Cad– naik 303 pip
Aud/Usd– jatuh 82 pip Aud/Usd– jatuh 210 pip
Nzd/Usd– jatuh 257 pip Nzd/Usd– jatuh 186 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

Flash manufacturing PMI, Jepun (Selasa)
  • Aktiviti pembuatan Jepun berkembang perlahan pada bulan Oktober berbanding bulan sebelumnya dengan penurunan hasil pengeluaran dan tempahan baru. Hal ini menunjukkan permintaan berada di paras yang sederhana. Indeks akhir PMI Jepun yang dikeluarkan oleh Markit jatuh ke paras 52.5 bagi bulan Oktober, susut sedikit berbanding bacaan 52.9 pada akhir bulan September.
Flash composite PMI, Euro-Zone (Selasa)
  • Indeks pembuatan naik ke paras 58.6 berbanding bacaan 58.1 pada bulan September. Angka ini juga lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis yang meramalkan kejatuhan di paras 57.8
  • Walau bagaimanapun, hasil tinjauan PMI perkhidmatan pada bulan Oktober berada di paras 54.9, sedikit rendah jika dibandingkan dengan jangkaan 55.6 dan juga bacaan 55.8 pada bulan yang lalu.
  • Indeks komposit yang mengabungkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan jatuh ke paras 55.9, berbanding ramalan 56.5.
Preliminary GDP, UK (Rabu)
  • Pertumbuhan ekonomi Britian bergerak laju pada suku tahun ketiga (GDP Q3) berdasarkan angka GDP yang dikeluarkan hari ini, mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah bank pusat England (BOE) pada Khamis.
Durable goods orders, US (Rabu)
  • Tempahan barangan tahan lama (durable-goods) sektor pembuatan meningkat melangkaui jangkaan pada bulan September, menguatkan lagi persepsi optimis terhadap ekonomi U.S
Penetapan polisi Bank of Canada (Rabu)
  • Secara keseluruhan kenyataan polisi bank pusat adalah bernada ‘dovish’ yang tidak cenderung kepada kenaikan kadar faedah yang lebih pantas di masa hadapan. Salah satu kebimbangan BoC adalah rundingan NAFTA (North American Trade Agreement). Bank pusat menyatakan rundingan NAFTA adalah satu ketidaktentuan yang besar dalam ekonomi.
Penetapan polisi ECB (Khamis)
  • Bermula Januari 2018, ECB akan mengurangkan pembelian bon kepada 30 billion euro sebulan sehingga September, atau lebih jika perlu dan sehingga Governing Council (Ahli ECB) melihat pengukuhan inflasi menuju ke arah sasaran inflasi bank pusat.
Advance GDP q/q (Jumaat)
  • Ekonomi U.S mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada suku tahun ketiga, melebihi paras jangkaan sekaligus meningkatkan lagi keyakinan terhadap ekonomi U.S.

    Gross domestic product (GDP) meningkat 3.0% pada kadar tahunan bagi suku ketiga. Pertumbuhan ini sedikit rendah daripada pertumbuhan GDP suku tahun kedua yang mencatat pertumbuhan 3.1%. Pakar penganalisis menjangkakan pertumbuhan GDP hanya akan bertumbuh pada sekitar 2.5% berikutan badai Harvey dan Irma yang menimpa U.S.

The post Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Forex Sepanjang Minggu Lalu (23 – 27 Oktober) appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z3xre3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.