Menghitung Hari Bahagia, Izara Aishah Tambat Hati Adib Khalid Dengan Air Tangannya
Menunggu detik bahagia. (PIc: Instagram @adib_khalid)
Perkahwinan bintang jelita Izara Aishah dengan anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza, Adib Khalid memang antara yang ditunggu-tunggu. Saat ini juga kedua pasangan sama padan itu sedang menghitung hari untuk disatukan pada 17 November depan. Bererti tinggal beberapa minggu lagi mereka akan bergelar raja sehari.
Saat ini sebenarnya persiapan kahwin mereka begitu rancak dilakukan. Ketika ini menurut bakal raja sehari ini hanya ada tiga majlis saja akan dilangsungkan.
Majlis nikah dan persandingan sebelah bakal pengantin perempuan akan diadakan pada hari sama. Manakala 19 November pula resepsi sebelah bakal pengantin lelaki.
Tarikh kahwin yang dipilih pun tak ada simbolik apa-apa. Cuma tarikh itu menyenangkan saya, bakal suami dan keluarga masing-masing.
“Jujur saya sudah lama dan bersedia mahu memikul tanggungjawab sebagai isteri. Alhamdulillah ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu,” kata bintang jelita ini.
Keputusan untuk berkahwin juga tidak bererti untuk Izara meninggalkan dunia seni. Malah tak pernah langsung terbit kebimbangan di hatinya dengan senario jika sudah berkahwin maka saham akan jatuh.
“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta untuk berpasang-pasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya kepada rezeki itu ada di mana mana.
“Peminat juga sudah mula bijak menilai pelakon kesayangan mereka tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin sekalipun. Ruang saya menceburi dunia perniagaan baru-baru ini juga sebagai bukti untuk saya mempelbagaikan punca rezeki.
“Minat lakonan itu takkan terhakis. Cuma mungkin selepas berkahwin nanti, saya harus jadi lebih peka dengan status semasa. Saya selama ini pun bersikap selektif. Lalu prinsip itu kekal sama tak kira sudah atau sebelum berkahwin. Adib pun tak akan menghalang saya untuk terus aktif di pentas seni,” kata gadis berusia 24 tahun ini yang mula intim dengan Adib sejak tiga tahun lalu.
Menjelang hari bahagianya, pelakon filem J Revolusi itu mengakui terbit rasa berdebar.
“Perasaan itu normal. Nak jadi isteri oranglah pula. Selepas nikah nanti, suami akan menjadi keutamaan saya dalam apa jua yang dilakukan,” katanya yang tumpang gembira apabila Datuk Sri Siti Nurhaliza mengumumkan yang beliau sudah hamil empat bulan.
Sementara itu, Adib yang juga bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios turut mengharapkan yang terbaik bagi perkahwinan mereka yang akan berlangsung tak lama lagi.
“Doakan semoga semuanya lancar seperti dirancang,” kata jejaka berusia 27 tahun itu ringkas.
Dalam pada itu, Adib atau nama sebenarnya Muhammad Adib Khalid turut mendedahkan yang bakal isterinya itu pandai mengambil hatinya dengan masakan.
“Pergilah mana-manapun, tekak saya memang nak kena cari masakan Melayu. Saya beruntung kerana dia pandai ambil hati saya dengan air tangannya. Dia pernah masak untuk saya hidangan ayam masak merah dan ayam masak kicap. Memang sedap.
“Itu yang buat saya semakin sayang kepadanya. Tak hanya pandai memasak, saya juga tertarik dengan sikapnya yang bertanggungjawab, boleh berdikari dan sangat memahami,” kata Adib.
Sepanjang mereka menjalinkan hubungan serius, menurut Adib jarang mereka bertekak mahupun bergaduh.
“Namun, kalau ada selisih faham ia sebenarnya bagus kerana itu membuatkan kami saling memahami perangai masing-masing.
"Kebiasaannya sayalah yang selalu pujuk dia. Tak susah pun nak pujuk dia. Saya pujuknya dengan kata-kata manis, nanti hati dia pun sejuklah. Tambah pula, dia tak boleh merajuk lama-lama sebab dia sayangkan saya,” katanya yang turut menggemari nasi tomato dan nasi lemak.
Majlis risik mereka berlangsung 7 Julai lalu di kediaman keluarga Izara di Shah Alam.
Sumber Menghitung Hari Bahagia, Izara Aishah Tambat Hati Adib Khalid Dengan Air Tangannya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgBwwp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment