Hi! Welcome Back and Stay Tune! GV4 : Netizen Harap Tiada Lagi Gurauan Berbaur Lucah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GV4 : Netizen Harap Tiada Lagi Gurauan Berbaur Lucah

GV4 : Netizen Harap Tiada Lagi Gurauan Berbaur Lucah

Foto: Gempak

Rancangan paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) telah pun berlangsung malam tadi dengan persembahan memukau dari semua 12 bintang. Dengan tema Masihkan Kau Ingat, hampir kesemua persembahan mendapat pujian dari juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Prof Chef Wan.

 

Keletah dua pengacara GV4, Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga cukup menghiburkan walaupun Jihan sedang sarat hamil. Gandingan serta keserasian mereka menghidupkan acara dan boleh dianggap gandingan terbaik. Selain 12 bintang, barisan juri dan hos, antara nama penting GV4 merangkap penaja platinum bagi musim kali ini, Datuk Seri Vida turut sama menyerlah pada konsert pertama malam tadi.

 

Namun, di sebalik pujian demi pujian di tanda pagar #gegarvaganza, ada juga beberapa komen netizen yang meluahkan konsert pertama ini dicemari dengan lawak lucah dan terlalu banyak mengarut. Seperti kita semua maklum, GV4 ditonton oleh rakyat Malaysia berbilang umur dan bergurau lucah ketika siaran langsung agak kurang menyenangkan sehingga salah seorang juri, Ibu Hetty terpaksa menghentikan kekecohan di atas pentas. 

Semoga konsert minggu-minggu seterusnya akan lebih 'bersih', tidak terlalu mengarut dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Kami turut bersimpati atas berita duka Vellfire Nabil Ahmad yang hilang empat jam sebelum konsert berlangsung. Semoga Nabil tabah menghadapi dugaan ini dan keretanya segera dijumpai.



Sumber GV4 : Netizen Harap Tiada Lagi Gurauan Berbaur Lucah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYAKwB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.