Instagram Guna Paparan Lebih Besar Untuk Menarik Pengguna Menonton Instagram Stories
Instagram sedia memfokuskan kepada Instagram Stories kerana ia memastikan pengguna sering kembali ke platform mereka setiap hari supaya tidak terlepas sebarang perkongsian rakan lain yang hanya bertahan 24 jam sahaja sehari.
Sebelum ini, Instagram sekadar memaparkan Instagram Stories dalam bentuk ikon bulat kecil pada bahagian atas aplikasi berkenaan – dan turut memaparkannya pada bahagian pertengahan ketika anda menatal aplikasi Instagram.
Kini, dalam usaha supaya anda tidak terlepas sebarang Instagram Stories – pihak Instagram menguji bentuk paparan bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya. Dengan saiz yang lebih besar ini juga pihak Instagram secara kasar mempertontonkan thumbnail kandungan sesuatu Instagram Stories berkenaan.
Buat masa ini, saiz besar ini digunakan ketika anda menatal, dan bukannya pada bahagian atas aplikasi berkenaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zSWm1f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment