Yamaha Motobot Terkini Diperlihatkan – Robot Menunggang Motosikal Yang Cuba Mengalahkan Valentino Rossi
Arena swapandu sedang dibangunkan dengan pesat dengan Tesla, Waymo dan Apple masing-masing mempunyai sistem tersendiri. Dengan teknologi swapandu, kemalangan akibat kelalaian manusia dijangka dapat dikurangkan. Satu arena yang dilihat dianaktirikan ialah pembangunan sistem swatunggang motosikal. Motobot ialah robot yang dibangunkan oleh Yamaha sejak dua tahun yang lalu. Versi terkini Motobot telah diperlihatkan di pameran kenderaan Tokyo baru-baru ini.
Versi terkini ini mempunyai dua sasaran iaitu mengalahkan masa yang dicatatkan oleh Valentino Rossi dan menunggang pada kelajuan 200 kilometer sejam. Motobot gagal mencapai sasaran pertama kerana 30 saat lebih perlahan berbanding juara Grand Prix motosikal sebanyak sembilan kali. Walaubagaimanapun ia berjaya menunggang pada kelajuan melebihi 200 km/j.
Dengan pencapaian ini Yamaha berharap ia boleh menjadi batu loncatan untuk membangunkan motosikal swatunggang di masa hadapan. Pada waktu yang sama ia boleh digunakan untuk menguji tahap keselamatan motosikal yang direka oleh mereka tanpa membahayakan penunggang manusia. Di harap apabila sistem ini digunakan secara meluas ia tidak akan memburu manusia seperti Moto-Terminator filem Terminator Salvation.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ifmqMH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment