Hi! Welcome Back and Stay Tune! Angin kencang punca pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Angin kencang punca pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di sekitar pusat bandar ini menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa atau banjir kilat dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah (JBPM) Sabah berkata setakat ini pihaknya menerima lapan pangilan kecemasan berhubung insiden pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang sejak 1 tengah hari tadi.

"Hujan lebat dan angin kencang itu menyebabkan ada pokok yang tumbang dan menghalang jalan di beberapa kawasan iaitu Sepanggar, Penampang dan Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sejurus mendapat panggilan daripada orang awam beberapa pasukan bomba telah diarahkan untuk melakukan operasi membersihkan kawasan yang terlibat.

Dalam perkembangan sama, JBPM Sabah berkata pihaknya merekodkan 110 kes pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang yang melanda negeri ini, sejak Isnin lepas.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan malam ini berkata, 34 kes pokok tumbang direkodkan pada Isnin, 30 kes semalam dan 46 kes hari ini.

"Sebanyak 72 kes melibatkan pokok tumbang di jalan-jalan utama, 23 kes pokok tumbang menghempap rumah orang awam, 11 kes pokok tumbang terkena tiang elektrik dan empat kes pokok menghempap kenderaan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

-- BERNAMA



Sumber Angin kencang punca pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gRhAp4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.